Monday, February 28, 2011

Entry cinta yg tak menjadi

4 comment(s)

Berkenan dengan sesorang...maknanya suka dan cinta kan?

Sesekali dalam hidup aku kalau terserempak ngn sesorang yang aku suka tengok mesti aku rasa nak tengok dua tiga kali. Sesekali tu gak obses.

Jika dia ada FB,berkali-kali aku check atau tgk dan jika dia ada blog pun sama. Kalau ada no.phone agi rr rasa nak sms dan call aje. ( Aku sama mcm korang-korang kat luar tu kan?...)

Tapi macam biasala, just bole suka je, nak cinta jangan harap lol sebab aku nih ambik masa nak bagitau kat owg yg aku berkenan tu.

Tp sekali aku bercinta...mak aih terus jadi owg lain.

Bosan kan cerita aku nih? Skema giler...tp itula yg aku rasa buat masa skrg,kejab je kot.Harap kejab.

Just nak gitau itu aje malam nih.



*Korang tak suka entry nih? Sila abaikan je ye....


28hb Feb 2011

7 comment(s)
*Picture xde kaitan...

Dah 4.30pm, baru aku terhegeh nak schedule kat sini.

Aktiviti arini?

1.) Rendam baju & basuh baju

2.) Keluar gi byr hutang piutang, i mean bill-bill suma. Broadband,kredit card,bank in duit mak ayah,simpan sikit dll

3.) Singgah kedai beli makanan,kira nih mkn tengahari dan makan malam sekali

4.) Balik umah untuk rehat,rehat,rehat,rehat,layan TV,layan tenet dan layan diri


Maklumla cuti kannnnn.....

Sunday, February 27, 2011

Maafkan cikgu

9 comment(s)


Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.

Saya sangat mengagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”

Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

*Tapi murid-murid zaman sekarang? Huh! kena rotan pun nak saman...kekwat sgttt!...

Cerekarama ''Message Terakhir'' tp....

13 comment(s)


Tadi tengok cerekarama ''Message Terakhir"...korang tgk tak?

Cerita pasal si isteri (Rita Rudaini) yg kematian suaminya mendapat tahu yang arwah suaminya ada menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain.Kantoi bila terbaca sms terakhir dari hanset arwah suaminya.

Jalan cerita ok la...best gak...cerita pun sedih...

Cuma yg aku pelik nape dalam cerita ni tak mention Rita tu mengandung sedangkan obvious giler perut dia dah berisi. Nampak wei! Ke aku yang silap dengar? atau silap tengok? Korang rasa?

Kalau betul...rosak mood. Nampak sangat pengarah kita ni tak teliti.

Saturday, February 26, 2011

Duit kecik, duit besar

4 comment(s)
*Burger dah habis,tinggal nih je.He..he..


D'sebabkan malas nak makan nasi atau nak gerak ke pasar malam cari makanan utk isi perut yg mintak d'isi nih,so aku just singgah sebelah umah aku beli burger.

Selalu macam tula, jika malas burger rr jd mangsa. Lagipun murah dan senang. Feveret aku adalah burger daging.Dan setiap kali tu mesti beli dua, dua beb ko jgn main!...satu mana cukup.Kalau tak catu tul-tul silap hari bulan melebesla lemak aku.

Tp yg tak bestnya kalau kedai Melayu(mostlylahhh) mesti xde duit kecil.Pantang bagi duit besar mesti ngeluh dan kelam kabut nk pecah atau gi cari duit kecil. Yala nak bagi baki tak cukup. Beli burger dua bijik hanya berapa ringgit je tp bagi RM50.Tak taula nak kata salah aku ke ape, tp at least aku bayar. Cuma lain kali prepare rr duit kecik siap-siap kalau nak meniaga tu.

Aku bukan marah cuma ko melambatkan keadaan.Nak gi tukar duit pun ambik masa. Aku memang xde duit kecik masa tu sebab baru cucuk duit tadi.Kan dah gaji.

Aku ngeluh gak rr, yala aku perasan kalau kedai Melayu nih kalau baru bukak pagi2/baru aje bukak bussiness aritu mesti xde duit kecil.Specially kedai runcit dan kedai2 tepi jalan. Tu kadang2 aku takut nk gi beli pagi2.

Bila nak berbusiness harus bersedia tau. Specially prepare duit kecil. Kadang-kadang customer mcm aku atau sape-sape terada duit besar dalam poket. Nak wat can ana...kenala redah beli brg jugak. Tp paling kecik hati bila tuan kedai buat muka tak pueh hati marah customer mcm aku tak prepare duit kecil. Aku tak tipula,serius xde...kalau ada mesti dah bagi.

Paling teruk aku yg customer nih keluar gi kedai lain pecahkan duit dulu sebab nak bayar barang yg d'beli. Ini yg paling aku marah. Ikut hati kalau tak urgent aku tinggal mcm tu je.

Aku perasan kedai Cina takde rr macam tu. Bukan nak banding cuma mereka pandai jaga hati customer. Barula lain kali rasa nak dtg agi. Menda kecik aje tp kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tapi aku tau ada gak customer yg ambik kesempatan pegi kedai beli brg ciput dan murah cuma nak pecah duit. May be tu kot tuan kedai sakit hati dan malas nak layan customer duit besar.Hu..hu...

Apepun just bersedia aje. Aku yg keje customer service nih paham...customer selalu betul,sbb mereka nih sumber pendapatan. Tanpa customer sesuatu bussiness tu xkan berjaya.

Syukur

5 comment(s)


Aku baru je bangun dari tidur lepah balik keje td,lama tak tidur macam nih,rasa syok plak. Banyak keje lately kat office dengan a few kelas lagi.Namun aku suka dengan kesibukkan nih.Buat aku rasa terus bersemangat untuk keje.

A few probs pun dah settle.Syukur...mungkin dengan berdepan dengan masalah tersebut dan mencari penyelesian ini yg terbaik. Settle! dan aku perlu belajar agar kesilapan yang sama tak berulang. Tuhan pandai mengatur permainan untuk kita supaya kita berikir dan sedar.

Sebenarnya kamu tak perlu lari dari masalah, sebab ia akan terus membayangi kamu dan mengejar kamu. Berdepan dan cuba selesaikan, mungkin pahit tapi hasilnya nanti kamu puas.


Syukur...

Perkara ajaib tersembunyi dalam minda

4 comment(s)
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.



3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



* Aku rasa aku lebih tenang setelah baca petikan ini, puncanya kenapa aku bersedih sebab aku sendiri yg membiarkan diri aku bersedih...so? baik aku happy jelaaa....itu pilihan yg baikkkk kan?!!!! : )



Friday, February 25, 2011

BukanKosong

6 comment(s)


Malam ni adalah malam untuk tenangkan fikiran dan berehat...


: (




Petua menjaga kesihatan mata

1 comment(s)


Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Tetapi selepas itu hasilnya adalah segar dan sihat.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:

a). Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.Setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

b). Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c). Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini,kui kui kui terkena korang..

4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.

5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye.

Dongengan sunyi

3 comment(s)


Kemahuan kita siapa yg tahu melainkan Dia...

Kita manusia selalu mengharap yg terbaik untuk kita,nak yg sempurna untuk diri kita tp kadang kita tak mampu...

Sebab yg enak,yg elok,yang indah itu bukan senang,nak memiliki memerlukan kudrat yg lebih,usaha yg lebih...

Tp kadang jatuh tersungkur dan menanggis sorang-sorang, tiada siapa yg tahu.Peritnyer ujian tika ia mendatang. Mungkin yg terbaik hanya begini kot, menanti yg indah mungkin dtg suatu hari nanti.

Pasrah dengan permainan hidup yg macam-macam,bosan...benci...keliru...dan sedih sangat kadang-kadang.

Lalu aku membiar ia pergi dengan masa...

Dongengan malam yg sunyi,yg berlaku tiba-tiba tanpa d'sangka...


Thursday, February 24, 2011

I am No. 4

5 comment(s)


Tadi ambik masa beberapa jam gak nak wat card baru. Yala gara-gara aku nyer Mycard tak bole baca plak. So kena gi Wangsa Maju je wat...anehnya kat WM bole plak mycard aku dibaca. Huh! Tak taulaaaa...

Then pahtu dengan semangatnya gi tgk wyg...cerita pe agi? I m no.4 la...walau badan basah sikit sbb kena hujan.

Best wooo cerita! Lama tak tgk cerita mcm nih dan lama gak tak tgk wyg, dah berbulan-bulan gak. Nasib baik cerita ok so terisi cuti aku rini.

I m no.4 berkisar perihal John yg miliki kelebihan yg unik, memula dia sendiri tak sedari kelebihannya sehingga suatu masa dia mula faham bahawa dirinya memiliki superpower penolak dan chargers.

Dia dijaga Guardian,Henri yg melindungi John dari musuh planet asing yang mahu membunuhnya. Mereka sebenarnya hidup dalam pelarian iaitu berpindah dari satu tempat ke satu tempat supaya musuh mereka tidak dapat mengesan mereka.

Namun setelah no.3 dan beberapa yg lain dibunuh, John dan Henry mula melarikan diri ke sebuah bandar. Di situ dia bertemu kekasih hatinya,Sarah dan kawan baiknya,Sam. Namun kehadirannya tetap dapat dikesan bila John terpaksa menonjol diri demi melindungi kekasih hatinya.

Akhirnya peperangan tercetus bersama musuh tersebut dan John dibantu No.6 ...apa yg belaku seterusnyer? gi rr tgk kat panggung.Hari ni 1st day tayangan k.

Actually cerita nih unik specially time effect perang tu. Superpower yg dihasilkan no.4 dan no.6 pun cam real sangat. Tp syg tak puas sgt tgk mereka berperang. Yala nampak sgt cerita nih nak wat sequel bila no.4 dan no.6 bersatu utk mencari yg lain ( nombor-nombor seterusnya ) setelah berpadu unik melawan musuh.

Then yg syoknyer gak kengkawan ada antara nombor tu berasal dan berada di Malaysia. Kalau tak silap no.1 berada di Malaysia,negara kita tu beb!

Walau awal-awal cerita cam bosan ngn pengenalan watak dan pergerakkan cerita yg agak hambar namun kesudahannya puas hati bila peperangan berlangsung unik. Nak tau uniknya cam ana gi rr tgk kat panggung ekk.


Orait...bye!

Hari ni hari khamis maka...

5 comment(s)



Aktiviti saya hari ni?



kemas bilik,sapu dan basuh baju - settle!!




NEXT!!!!!



1.) Gi bank nak buat ATM kad baru sebab yg lama dah patah


2.) Gi tgk wyg...cerita sasaran I m No.4


3.) Gi Jusco ambik kunci opening, sbb esok opening store


4.) Last but not least duk umah mengangkang layan tenet dan TV




waaa!!!! esok keje dah! Mencik!


jangan d'buang!

0 comment(s)
*Mereka permata berharga yg mana mungkin bole d'jual beli

Say no to buang baby!!!!



Wednesday, February 23, 2011

Kawin Lambat ?? Lelaki ?? Perempuan ??

7 comment(s)



Artikel yang agak baik untuk dikongsi..


Ok. katakanlah ko nie fresh graduate pada usia 23 tahun, lelaki, dan start keje sebagai executive officer(engineer/accountant/pegawai dan lain lain) kat kl dgn gaji RM2000 sebulan dan sebelum nie tak penah pon simpan duit kat bank..

tetiap bulan.. setelah ditolak dari perbelanjaan makanan, pengangkutan (sama ada public ataupon motor), duit letrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan.. katakan lah.. korang leh saving RM800 la biasenye..

pastu.. oleh kerana korang nie boleh dikirakan sebagai anak yg baik.. korang pon bagilah duit kat ibubapa korang lebih kurang RM300 sebulan.. tinggallah RM500 untuk korang saving untuk bulan tu..

dan lepas setahun.. dgn setiap bulan korang saving tu.. korang ade lebih kurang RM5000 duit kat simpanan korang..

pada tahun berikutnya iaitu pada umur ko 24tahun.. ko pon berjumpa dgn gadis impian ko.. ko dan awek ko nie dah berjanji dan bersetuju nak kawin lagi 1 hingga 2 tahun lagi.. ok lah tu.. bagi masa nak prepare keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia'.. rumah lagi.. dgn kereta lagi.. kan?..

pada tahun tu gak.. oleh sebab ko nie kuat bekerja.. jadi ko pon dinaikkan gaji sebagai 10%.. sebagai lelaki.. ko mesti nak pastikan yg ko ade duit untuk keluar date dgn awek kan?.. so.. 10% gaji ko pon.. ko habiskan kat awek kesayangan ko nie..

macam gak tahun lepas.. tahun nie setelah ko berpulun simpan duit.. makan meggi je.. ko dah simpan sebanyak RM5000 lagi.. jadi jumlah simpanan korang untuk 2 tahun nie dah RM10,000.. kebetulan plak pada tahun tu.. company tempat ko kerja tu banyak untung.. so dier kasi bonus 2 bulan gaji.. menjadikan simpanan korang bertambah RM4000.. jadi jumlah simpanan yg ko dah ade skang nie ialah RM14000...

ko ambik keputusan nak spend RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli brand-new RM40,000 car.. jadi.. simpanan korang skang nie dah tinggal RM6000..

tahun berikutnya pada umur 25thn.. ko masih bekerja mcm biasa lagi.. tapi untuk tahun nie.. oleh sebab ko dah ade kereta.. so jumlah simpanan untuk sebulan tu pon dah kurang dan menjadikan simpanan RM400.. jadi lebih kurang RM5000 gak la setahun tu ko saving..

takde bonus tahun nie sebab company korang tak byk untung.. jadi jumlah simpanan korang kat bank ialah RM11,000. pastu.. ko ambik keputusan nak bertunang dgn awek ko skang nie.. dier kate ok.. so ko kene la beli cincin pertunangan ye tak?..

lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan.. so jumlah simpanan ko skang nie dah tinggal RM9,500

tahun berikutnya pada umur 26thn.. ko dinaikkan pangkat dan gaji ko pon dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji ko sebelum nie.. ok.. berita yg baik.. ko pon pikir la nak kawin tahun nie.. sebab ko pon dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin.. ok la.. ko kawin tahun nie..

jadi.. ko tanye kat awek ko nie.. "berapa banyak duit hantaran?.." pastu dier ckp.. "berapa-berapa u sanggup.."

ko ckp.. "RM5000 ok??"

dier jawab balik.. "I ok je.. tapi my mom tu.. dia kate grad oversea mcm I ni mana boleh letak rendah-rendah.. paling kurang pon RM10,000 tau!"..

mate ko terjegil.. .. lidah kelu tak terkata.. dan ko pengsan kat situ gak..

"Kat mane lagi aku nak carik duit nie.." ko ckp dgn diri sendiri.. tapi.. oleh sebab ko dah tak tahan sangat nak kawin dgn gadis impian ko nie.. dan atas dasar "cinta".. ko kerja dgn lebih keras lagi sehinggakan pada tahun nie.. ko digelar "The Best Employee of The Year".. ko dapat 3 bulan bonus.. pastu ko pon buat side income jual ayam pencen.. so jumlah simpanan ko pada akhir tahun tu ialah sebanyak RM20,000.

ok.. skang nie ko dah 27thn.. dan cukup dewasa dan cukup duit untuk bayar hantaran perkahwinan.. tapi.. mak ko plak ckp.. "anak mak nak kawin nie mesti la buat yg grand-grand.. kita sewa khemah besar2.. jemput penyanyi ke.. artis ke.. sorang dua untuk buat persembahan.. lauk pauk kite panggil cater aje la ye?.. ala.. sorang RM10 je.. baju kawin ko.. kite sewa yang cantik-cantik dan mahal-mahal sket..

kite jemput dalam 1000 orang datang ok?"

ko pon dgn pantas pon kira la perbelanjaan semua tu... "1000xRM10=RM10000, penyanyi lagi.. khemah lagi.. buta-buta je RM15,000!!! tu tak masuk cincin kawin lagi..!" pastu ko pon ckp kat mak ko..

"mak.. nak buat ape bazir duit nie.. " pastu mak ko ckp "anak mak nie nak kawin sekali je seumur hidop.. biarlah buat betul-betul.."

ko ckp.. "tapi mak.."

pastu dgn pantas mak ko potong.. "dah lah.. ko jgn nak buat malu mak.. cik tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato2 datin2, tan sri puan sri semua datang.. mane mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik-kecik?.."

akhirnya.. ko pon kawin la.. tapi.. 'rumah tangga bahagia' yg ko mimpikan tak seindah yg dimimpikan rupanya.. perkahwinan ko tak dpt bertahan lama..

banyak hutang.. interest setiap bulan semakin bertambah.. dan ko tak mampu nak bayar lagi hutang-hutang ko tu..

bini ko plak dah letih jadi tukang bayar hutang.. dier tuduh ko suami yg tak bertanggungjawab.. dan bla bla bla.. akhirnya.. korang pon bercerailah..

jadi kesimpulannya..

1) perkahwinan nie sebenarnya boleh dilakukan dgn cara yg paling mudah.. tapi kat malaysia nie.. seboleh-bolehnya semua orang berebut-rebut nak buat majlis kawin yg paling grand dan membazir..

2) "Harga" bagi seorang wanita terletak pada latar belakang pendidikannya, bentuk fizikalnya dan status keluarga.. berbanding dengan pengetahuan dan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam islam.. yg menyedihkan.. wanita-wanita yg baik hati.. yg taat perintah tuhan.. bagaikan "tidak beharga"

hantaran perkahwinan yg menjadi adat kaum melayu pon sebenarnya ditiru dari kaum india yg datang ke malaysia.. bile hantaran terlalu tinggi sehingga lelaki nie tak mampu.. maka perkahwinan tersebut akan ditangguh atau dibatalkan terus..

3) perkahwinan sepatutnya dilaksanakan dengan cepat dan tidak menyusahkan pasangan.. tapi harini.. perkahwinan menjadi sesuatu yg complicated.. sehinggakan orang takut untuk berkahwin.. kita sepatutnya fokus pada kehidupan selepas perkahwinan.. bukannya majlis perkahwinan tu..

Perkahwinan nie sebenarnya hanyalah sebuah "pintu" je dalam institusi kekeluargaan..

kenapa nak abiskan banyak duit dan barang perhiasan kat pintu sehinggakan perabut dalam rumah semua kosong dan gelap..
Lu pikir la sendiri ye....

Cabaran jd blogger hensem, i mean mantap!

7 comment(s)



Cabaran jadi blogger? 4 me ada a few things yg aku rasa sukar gak nak jadi blogger yg berjaya nih, i mean nak jadi blogger femes dan tegar nih. Ada owg tak pedulik pasal femes2 asal ada medium luah perasaan dan cerita pun cukup rr.

Asalnya kawe pun gituz, but lama2 ketagih lol! siap rasa nak entry post ari2 tau...then mulala start nak perhatian nak jadi femes memes segala...

Lupakan pasal tu sbb aku tau suma tu akan datang sendiri kalau niat berblog ko tu baik...selama hampir 2 tahun lebih gak rr aku berjinak ala kucin kat dunia blog nih so cabarannya bole la tahan. Antara cabaran utama;




1.) Line tenet mcm taik; nk post suma ambik masa, nk blogwalking komen dan tinggal jejak kat blog owg pun kadang2 limited.So aku ambik keputusan mencuba yg terbaik ikut menatang mood tenet kawe nih.

2.) Ketandusan idea nak entry apa? Biasala...kadang2 blank terus pala otak, tu sbb byk wat entry nk perhatian je(cthnya mcm entery bodo aku tu). Tp kat sini aku byk luah perasaan,share cerita then kalau rajin aku share tips.

3.) Seterusnya susah nak tarik owg ke blog aku. Blogger yg suam2 kuku kaki mcm aku nih conpirmla menda nih menjadi masalah utama.But lately
gengblogger dan storyanda byk membantu.Aku pin kat situ je segala my entry. Kalau rajin aku BW dan tinggal jejak. Namun tips aku lagi afdal kalau ko tinggal komen kat blog owg lain sbb menunjukkan ko ikhlas ko dtg blog mereka tu.

4.) Tak mandai wat ayat yg wow-wow mcm certain2 bloggers. Ada a few blogger aku suka gaya penulisan mereka mcm
ezam , hapacrita , Azamshah dan encik rasa oren tu. Hilang seteres aku baca entry mereka kadang2 walau aku tau kadang2 diaowg post entry just main2 dan suka2 je.

5.) Aku jugak... tak reti nak letak picture byk2 penghias entry sgt...aku letak picture ala kadar je beb, just ikut flow story entry aku. Photosearch byk bantu aku. But sekarang aku try letak gambar2 yg aku jalan2 pusing malaysia dan dunia( i mean gambar bercuti aku). Namun ada gak masalah sbb nk masukkan gambar pun susah bila line tenet sekali agi mcm siput idung leper,lebar tu.Huh!

6.) Last but not least, cabarannya kamek nih pemalu sikit. Sbb tu kamek jarang letak gambar segala.Plus entry pun byk cerita bertapis.Share mana perlu je. Actually aku tak nak member tmpat keje aku tau aku ada blog,kalau tak naya aku jadi bahan kutukan nnti. Yala, apa cerita aku entry kat sini mereka baca. Tak rela u! But apa pun aku dan mencuba jujur yg terbaik kat setiap entry aku tau sekarang nihhhh.


Chow!

Tindakan gila dan tindakan bodo

14 comment(s)
*Past is past,just walk away...

Kadang-kadang dalam hidup, kita termelakukan tindakan giler, tindakan yg d'luar jangka,tindakan yg kalau dia tahu kita jugak yg malu sendiri.

Memang benar,orang kata past is past tetapi sesekali yg PAST tu la menjengah kita di'kala kita duk sowang-sowang. Aku bukan nak kenang sgt pun sbb aku tau dia pun dah bahagia ngn cara dan cerita baru dia.

Entah macam ana semalam aku tersinggah ke teratak blog dia, ada sesuatu dicerita tentang aku. Walau tak mention nama pun tp aku tahu owg yg d'maksudkannya itu adalah aku. Wahhh...bertapa benci dia pada aku kan?! Adala sikit terasa tp aku malas mau memikirkan sgt sbb aku takde hak ke atas dia lagi. Mungkin benci itu bagus sbb masing-masing bole proceed dengan kehidupan masing-masing. Dan aku rasa itu yg terbaik.

Ada rasa syg lagi?...impossible...dan aku rasa tak sesuai utk d'bicarakan lagi sbb aku rasa tak adil utk masing-masing kot.

Maaf la ngade2 singgah diam-diam teratak kamu sbb aku just nak singgah-singgah aje. Tiada niat lain. Mungkin ini tindakan giler dan bodo aku kot...

Anti reptile siap loya dan geli lagi

6 comment(s)
*Selain lari, aku juga akan muntah bila lama tgk...


Yup! Wats up!

Wei...ko penah tak? Atau kata lain ko ada tak rasa tak selesa ngn sesuatu specially menda-menda hidup nih specially ngn binatang la. Kalau owg pompuan tu aku byk rr dgr...geli ngn lintah la,geli ngn ulat bulu la dan sebagainya. Gelinya mak aih, jumpa aje sebatu larikss, jumpa aje menggelupur menjerit mcm menda tu nak bunuh ko.

Aku kat tempat keje, ada 2 owg anti gile mereka ngn katak dan ulat bulu. Asal dengar je menjerit-jerit serta lariks jauh-jauh.Kalau jerit perlahan xpe ...nih owg sekeliling tak peduli, ingat ke histeria ke ape? rupanya geli ngn katak je....aduiyaiiii.

Tapi tu pompuan...lumrah lol! tp what about jantan? acece ce...ko jgn ingat nak jaga macho je beb...sbb aku dah jumpa a few owg yg takut kat menatang nih mengalahkan pompuan,muka ke main agi macho perkasa tp sekali jumpa cicak sebatu hilang diri. Kantoi!!! siap jerit-jerit garau agi k! Nasib baik tak kepit!

Aku? Takdela sampai tahap tu...just geli geleman je, kalau jumpa tu just just pandang 1 belah mata aje. Aku kureng c,kit ngn species bersisik-sisik nih, AKA Reptile...entah lol bila tgk sisik diaowg wat aku rasa geli,nak muntah,loya dan takut-takut kecil gituzzzz(cover sgttt).Ha..ha...



*Katakan tidak pada ini!namanya Gila Monster

Antara yg aku anti tu adalah ular pucuk,ular warna warni, biawak, sesumpah dan pe2 je yg reptile yg melibatkan sisik kasar,lembab dan tukar warna tu. So jgn harapla kalau gi zoo aku nak dekat ngn menda alah nih.

A few member aku pun dah tau tahap ke tak sukaan aku terhadap species yg ada owg rasa unik nih, tp member-member kan? lagi menda yg kita tak suka nih lagi la dia nak usik.Ceh!!!!


Tuesday, February 22, 2011

Entry bodo agi!

6 comment(s)
*Keje giler saya...mmg giler!


Malam nih malam bermaharaja lela, sbb kata kau aku cuti esok...selamat bekerja buat warga yg bekerja ya...

Usah d'dengki sbb dah nasib aku,aku keje weekend.Giv me a chance to rest-rest ekk darling...

Santai...tidur,bangun,meniarap,gelak-gelak,cuit tu! cuit nih!keluar,masuk,sepak,angkat dan hurrrmmm sewonokkkk...

Gituz la perasaan utk para-para yg cuti (hidung d'biar kembang jabb),ni pun tak mandi agi tau,wangiii sgttt sbb baru balik keje tadi. Wangi ke?


*Satu lagi entry bodo plus SS (syok sendiri),jangan menci saya dah nasib cuti esokkkk. Bye,salam satu Malaysia.




Kisah benar- Hantu Kepala manusia badan kambing

3 comment(s)


*Hamba ada satu cerita pepagi nih,just nak share sambil hilang penat dan busan duk wat keje tu...



(Seperti yang diceritakan oleh kawan kepada kawan aku ni) Kisah terjadi sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highway yg Gua Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!)

Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja.

Kemudian aku bersuara " eh Man. senyap je..asal? kenyang sangat ke?"

Razman masih mendiamkan diri... . aku semakin suspen... (kenape dia nih?) kataku dlm hati...

Razman bersuara secara tiba-tiba...

" Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?" tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar

wajahnya... dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.

"Errrr... cerita hantu ke eh..he..he..he... apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? " tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak.

" takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu... .." jawabnya.

"oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh jap..jap..aku tutup radio" kata aku sambil menekan off pada butang radio.

"... tadi kita berhenti kan... ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?"

"OoOooo... ..ok... . .so?"

" Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun tidolah...

... ... .. setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut.."

Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya.

" ... Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan...

Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga... , angin diawal pagi meniup dingin... ... .terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya... ..

Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh... ... tapi... .tiada siapa di belakangnya...

Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.

Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia... ..

kelekuk... kelekuk... kelekuk... ..

... seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu... badannya mula seram sejuk... ..

tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya... .bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.

Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Makhluk itu semakin mendekatinya... kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan... . .lutut lelaki itu bergetar... .

Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,... ...

DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA... .. ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA... .. DIMANA DIA BUAH HATI SAYA... . BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA... ... ...

ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG





"Oi! Oi!" (ader suara background lagik... ..)

"CHAN MALI CHAN!"
"Oi Oi "
CHAN MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG... oooOOOOHHHH"

Everybody!... let's sing together!!!!!!!
CHAN MALI CHAN
OI OI
CHAN MALI CHAN
OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYONG... ..

Everybody..c'mon!... clap your hand!...
CHAN MALI CHAN
OI OI
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYOOOOOONGGGGG!...


*Hilang seteres kan? ke bertambah? He..he...


Monday, February 21, 2011

Entry bodo

3 comment(s)


Rutin wajib saya?


Balik umah je on laptop dan line tenet,semestinya bukak FB & Blog...TV time rasa ada mood nak tgk baru bukak.Kedian bertapa la kat bilik sampai aku rasa lapar,nak buang air dan nak kuar jalan ke mana-mana. Mostly nih rr rutin saya.


Bosan ke? Oklaaa....ada gak rasa macam entah apa-apa rutin aku nih,but selagi tenet ada,selagi tu la aku tak busan kot.

Selain kuar gi keje,kadang-kadang gi beli makanan...kalau xde member nak teman makan luar maka aku bungkus je makan kat umah. Seriusly setakat nih aku cakap aku dah bertahun-tahun tak masak...suma beli luar, may be aku akan masak atau ada owg kena masak utk aku bila aku dah kahwin nanti kot.

Calon bini sape? Entahhhh....takde agi,sape-sape yg nak kat aku nih bolela kontact i ok...he..he...(promo jabbb)...ngee`

Terimala entry bodo nih ekk,sbb aku rasa menda nih aku nak bagitau korang malam nih...ha..ha..meh gelak utk aku sama-sama.

Ketuat

10 comment(s)


Tadi masa ngah bz bekerja, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di jari seseorang.Siapa? Biarlah rahsia ye (sambil nyanyi lagu Ct jab)...he..he..

Apa yg aku terpandang tu? Ketuat beb...walau takdela sebanyak mana dan tak kritikal tp utk certain-certain owg jijik kot atau mungkin huewww...ape2 jela...

Ketuat takla merbahaya, just bole buat kulit ko tu tak cantik je k. Yala...kalau tak cantik dan chumil nih sape nak pandang kan? Then kalau ada sape-sape terpegang tangan ko tu (yg ada ketuat) mesti rasa kasar dan tak best. Hilang seri jab...

Meh aku share info pasal ketuat nih...


Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat plak...actually ada 150 jenis,but antaranya adalah ;

1.Ketuat biasa

2.Ketuat kaki (Plantar warts)

3.Ketuat filiform (Filiform warts)

4.Ketuat planar

5.Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan plak supaya hilang ketidakselesaan ini.Then bole tampak bergaya nanti;

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

1.Salap asid salisilik
2.Terapi cryo
3.Podophyllin
4.Interferon & asid trichloracetic (TCA)
5.Pembedahan membuang ketuat



Sunday, February 20, 2011

Jalan-jalan kat TUKAR-TUKAR LINK(s)

2 comment(s)


Apy ari Ahad!

Rehat kat umah?...duk umah ajela smbil layan Melodi...best pe?...

Pe aku wat rini? Aku keje la wei...aku kan alien keje weekend,cuti plak time owg keje.Ha..ha..dulik pe wei!

Oh ya, hari nih aku jalan-jalan agi kat blog owg walau tenet aku nih sesiput lembab tp tetap gegeh gak gi serang blog2 owg lain. Entry best aku komen,siap ceduk idea dan ambik tips agi tau.

Selalunya aku guna gengblogger tp rini ambik feel baru ngn jalan-jalan guna link(s) kat pages TUKAR-TUKAR LINK(s), syok gak! Ada gak blog tu lama aku tak singgah. Suka suka.Salam silaturrahim agi buat semua yg sudi letak link(s) masing-masing dalam blog yg tak seberapa nih...

Yg belum letak tu sila-sila la letak ekk, kalau sudi rr...he..he..

8 below

0 comment(s)


Kekadang haiwan lebih baik dari manusia yg berakal...Nape aku kata macam tu? Yala...macam ana aku tak kata macam tu, anak sendiri yg d'lahirkan pun mereka buang,tepi longkang,dalam tong sampah,tepi umah owg dan byk agi rrr.Bijak ke tu?

Lu pikir sendiri ya...btw tadi sesaja je rest-rest pah balik keje, then layan-layan tv lalu terlayanla cerita nih. Lapuk dah cerita nih,kira-kira 5 tahun yg lalu tayangannya. Tapi baru sekarang aku tgk kat TV.Penah terjumpa CD nih kat kedai tp wat bodo je.Ingat kan cerita biasa-biasa je, tp mak aih...gugur jab air mata jantan aku.

Yala...sedih k! Cerita pasal lapan sekawan anjing snow yg duk kat kwsan snowla,mana lagi?!take care each other utk survive setelah d'tinggalkan tuannya.Nasib baik tuan mereka datang cari mereka balik. Namun sebelum tuannya datang tu dah berjurai air mata aku hayati pengorbanan haiwan nih.

Nih cerita yg aku tgk kat Tv yg ada certain2 d'potong scene kerana nak kejar masa,kalau tgk kat panggung tak taula...mau malu aku nanti.He..he...

'8 Below'...boleh tgk sinopsis dia kat '' SINI ''. Utk sape-sape yg dah tgk, korang taula can ana. Aku sedih sbb pe, pengorbanan dan nilai setiakawan mereka tu. Tu anjing beb! Kita manusia nih pentingkan diri sendiri ada rr...

Masing-masing berjuang bersama utk cari makanan, ada member yg tercedera pun mereka take care. Cuma syg ada dua ekor yg mati sbb satu jatuh gunung dan satu lagi tak mampu putuskan tali yg tuan dia ikat,mati kelaparan.

Sedih sgttt...yala saat tuan dia dtg balik setelah susah payah cari transport utk dtg selamat anjing dia,bila tgk anjing dia mati masa tu sedih giler...terpaksa melepaskan anjingnya pergi setelah hampir 200 hari meninggalkan anjingnya.

Kat sini gak, dapat kita lihat tuannya adalah seorang yg pengasih(lakonan Paul Walker), sanggup buat apa saja semata untuk berjumpa balik anjing yg byk berjasa padanya. Kalau tak kerana anjingnya tu mesti Professor yg cari batu tahi bintang tu dah mati.

Aku bangga layan cerita nih...sekali sekala kita perlu belajar dengan haiwan, sifat-sifat pengasih mereka kekadang lebih dari kita. Hargailah apa yg kita ada, keluarga,kawan-kawan juga pasangan kita. Mereka satu ...hilang mereka takleh jumpa dah.

Majmuk

2 comment(s)




Actually aku bangga, 3 warna kulit mcm ni leh bersatu duk kat satu negara macam kita. Lagi bangga bila masing-masing leh bertutur Bahasa Melayu lak sbg bahasa penghubung.

Gaduh-gaduh kecik biasa rr, tp nasib baik pandai cover elak takut timbul isu perkauman...namun nilai hormat-menghormati tetap tersemat.

Bangga bila tgk Mat,Anath dan Chong duk semeja bergurau senda bersama. Sembang-sembang pasal bussines masing-masing. Tampuk pimpinan actually yg main peranan jaga silaturrahim sesama mereka. Time Hari Raya owg Cina dan owg India datang melawat manakala 2 raya besar yg lain pun owg melayu pula yg dtg melawat.

Bagi aku paling unik bila tgk ada owg Cina kahwin ngn owg India. Jarang-jarang dijumpai, siap kahwin ikut 2 adat lagi.

Tp kan dalam aman damai 3 bangsa tu ada pulak terdengar slang "Bapak,permisi dulu...''.Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Kat mana-mana mereka ada....

Lepas kalah tempoh hari, terus timbul isu laser....huh!

Saturday, February 19, 2011

Visitor today

4 comment(s)
*Gambar hiasan


Munin!!!

Apy Saturday 2 all, tiada yg menarik buat aku rini melainkan gi keje je...busan kan? Takpe2 sbb dah tanggungjawab maka aku tetap bekerja ngn sepenuh hati.Lagipun dah busan dah cuti 2 hari.

Orait pe lak nak update rini? Oh ya aku ingin berbicara pasal priority atau menda apa yg aku mostly check masa bukak blog.Kalau dulu aku tak kisah sgt sbb aku tulih blog nih just suka-suka tp skrg adala sikit-sikit ambik kesah sbb nak perhatian katanya.Kih..kih...

Visitor today! nila yg aku check, amat penting untuk blogger-blogger mengetahui akan visitor blog masing-masing sbb dari situ kita bole tau blog kita nih effective tak? dikenali tak? atau menjadi tumpuan ke tak?

Ada yg kisah dan ada yg tak...

Untuk aku, takde la sampai bole bunuh diri kalau tak capai target aku but kalau check, if ada owg dtg sini pun dah kira bersyukur, yg penting apa yg aku nak share ngn korang adala owg baca tul tak?

Bonus untuk aku kalau ada bloggers yg sudi singgah lalu komen entry aku. Me kasih pada yg penah komen, actually aku dari semasa ke semasa cuba nak meningkatkan mutu entry aku sbb aku sedar kadang-kadang aku tulih pun menda-menda yg merapu serta tak menarik minat pembaca.

Sebab tu aku rajin BW(blogwalking) untuk nak cari idea, tips dan petua-petua macam ana diaowg bangunkan blog diaowg. Sometimes kerenah berukband aku membataskan aku utk BW tp aku tetap gigih, tetap singgah gak. Gengblogger la yg byk membantu!

* Blog aku blog yg suam-suam kuku je...visitor tak ramai pun

Bg chance borak hal CINTA

5 comment(s)



Malam yg sunyi...sesunyi hati aku nih kot? Sunyi ke? Adala sikit-sikit...tp itu tak penting sebab buat masa sekarang aku bukan ke arah itu. Tetapi jika ia terjadi, mungkin bonus kot bagi aku.


Cinta?....entahla, ada 3 owg penah ketuk hati aku tp semua tak berjaya. Hanya aku sendiri tahu kenapa? Bila ingat balik sgt sadis...rasa macam masa tu bukan diri aku je. Kalau korang tak percaya korang selak rr entry-entry masa mula-mula aku buka blog nih, mmg jiwang karat giler.

Tapi masa itu aku tgh sengsara sangat-sangat. Well... dah berlalu pun, just bole kenang-kenang je. Kadang d'pikir takde yg menarik pun sbb aku macam owg bodo.

Memang rr cinta kadang-kadang bole wat kita jadi bodo,buta dan angau. Korang2 lagi makan cili dari aku kan? Maka korang taula can ana rasa.Ada kata manis...yala masa ngah bahagia, ada gak yg kata pahit sbb dah putus kan?

Biasala, sehingga tibanya d'satukan ke alam perkahwinan ,pahit getir bercinta tetap d'rasa. Apepun bila dah kahwin jgnla plak bercerai-berai, tak elok dan membazir je. Aku yg bukan owg kaya nih tau sgt byk mana habih utk majlis kahwin nih...maka hargaila rumahtangga korang tu.

Kalau kaya sekalipun, ingat-ingatla masjid yg d'bina bukan bole dibuat main-main,tambah-tambah bila ko dah ada anak.

He...he...maaf ya, malam nih tiba-tiba tercerita pasal hal CINTA lagi. Maklumla duk sorang2, nila padahnyaaaaa....

Friday, February 18, 2011

3 in 1,8 in 1 atau 10 in 1

21 comment(s)


Pe kehel ngn tajuk entry atas tu? Hu..hu..tgk picture pun dah tau. Actually saje je aku nak ulas akan perihal DVD yg aku beli. Bukan nak nunjuk pun lagipun DVD cetak rompak je,xde pe yg bole d'banggakan. Cuma aku rasa DVD nih unik sbb jarang aku jumpa kat kedai CD specially kedai-kedai CD original.

Bukan nak galakkan korang beli CD/DVD cetak rompak cuma just nak bagitau. Korang beli ke atau sebaliknya itu urusan masing2. Aku beli pun sbb rasa jimat sikit, byk cerita bole aku layan dengan beli satu DVD nih. Murah plak tu, RM12 je...(buku promo ok!)


Setakat ini aku penah beli 10 cerita dalam satu DVD. Itu yg terbanyak setakat nih, ada a few kedai je jual, tu pun tadi gi cari banyak stock dah takde, tak tau nape? May be dah kena rush kot...

Kualiti? Don't expect akan dapat tayangan terbaik, namun okla, boleh tgk dan bole layan. Sound pun ok...tak lari sangat dari yg ori.

Aku beli sbb murah, satu DVD dapat tgk byk cerita dan tak perlu pening pala nak cari cerita-cerita lain lagi nak wat koleksi. Mmg dah complete set. Setakat nih aku jumpa hanya kedai cina yg jual DVD macam nih.

Cuma redha jela jika ada cerita tak best dalam 1 DVD tu. Pandai-pandaila ko cari. Btw selalunya DVD mcm nih hanya jual cerita-cerita yg dah lama tayang(mostlyla), kalau nasib baik je dapat cerita2 terbaru. Tu pun tetap cerita yg dah 5 bulan tayang.

Namun tadi sedihhh...aku nak sangat tgk cerita Mulan 1 dan Mulan 2. Sedihhh...dua-dua takde stock, pasrah je aku beli cerita lain. Ada sape-sape leh bgtau kat mana nak sedut cerita nih?


*Hari nih entry asyik cerita pasal DVD je kan?

cetak rompak VS original

2 comment(s)



Cetak rompak VS original? since zaman mula-mula bertapaknya CD dan DVD isu nila yg hangat diperdebatkan,walau sekarang seperti dah kurang sebab pengguna dah bole menilai mana yg terbaik. Namun sekarang plak isu owg sibuk download je kat tenet sbb sumber-sumber cerita best mahupun lagu best berlambak-lambak.Ko siap bole pilih je mana yg ko nak. Youtube la antaranya, bukan setakat leh tgk belek-belek siap bole download agi. 4shared pun!

Itu antara yg menjatuhkan demand-demand industri muzik mahupun cerita zaman sekarang. Namun aku tau mana-mana artis mahupun cerita yg tetap di hati peminat tu mereka tetap berusaha untuk mendapatkan original buah tangan dari empunyer artis tu kan?

Mungkin isu nih dah lapuk kalau aku nak kupas dan nak share ngn korang but korang tau tak pe perbezaan yg original dan cetak rompak specially kriteria CD atau DVD tu?

Kalau korang beli Disc yg original mesti korang perasaan ia adalah gold disc compare ngn yg cetak rompak nyer banyak yg purple disc. Kualiti tak yah cakapla korang dah leh agak dah sbb purple-purple disc karang berlambak dan murah je nak beli.



Macam biasala, kalau beli yg cetak rompak tu kualiti nya tak tahan lama. Memangla harganya murah dan jimat banyak duit tp kalau scratch sikit dah tak bole main dah. Risiko gak beli yg cetak rompak nih kita tak bole jamin kualitinya masa beli, sbb 4sure kedai-kedainya tepi jalan dan short-short block yg tersembunyi.

Lagipun beli yg murah nih sendiri mau ingatla, nak tukar pun susah specially bila time beli kat kedai makan tu. Time apek-apek round jual CD/DVD cetak rompak.Kat mulutnya memang rr manis ok tp bila bukak haram copy panggungnya CD.

Ada gak yg cerdik tunggu cerita tu lama sikit, bila cerita tu dah kuar dlm bentuk CD/DVD mereka dah bole beli cetak rompak sbb kualitinya dah ok c,kit.

Apepun ramai aku tau prefer yg cetak rompak je sbb murah,bab-bab duit nih owg berkira sikit,lagipun nak layan dan nak tgk cerita tu mostly sekali je kan,lepas tu mulala ko biarkan CD/DVD tu terbiar. Siap bleh wat koleksi kat rak agi. Entah rosak atau ok lagipun kita tak tau.

Bagi aku pah tgk wyg, rasanya aku tak beli dah cd cerita-cerita tu,untuk lagu-lagu je aku prefer download atau copy member bagi je. Lainla kalau aku tul-tul fanatik minat baru aku beli yg ori. Plus if nak download pun byk makan byte berukband aku. So mana yg senang dapat tu la aku serang.Ha..ha..

BTW apapun ko sendiri tau mana yg ok dan ko pilih. Lagipun aku ada dengar dari pengalaman member-member aku CD dan DVD original skrg pun dah start hampeh. Sound dah mula tak ok,jatuh sikit terus rosak ala-ala Cd cetak rompak dan ada gak yg tertipu sebab sticker KPDN & HEP tu pun dah ada pada yg cetak rompak.

Lagipun nih semua kehendak bukan keperluan,pandai-pandaila korang ya...

Lagu 1 Malaysia

4 comment(s)



Korang penah dgr lagu nih? 2 hari lepas aku baru dengar,tak taula kalau aku terlambat atau tak? Tapi bila 1st time dengar...terus jatuh cinta ngn lagu nih,tambah-tambah ia dah jadi lagu satu Malaysia kita.

Tahniah buat pencinta lagu nih,catchy dan menaik semangat aku sebagai rakyat Malaysia.

Bangga sebenarnya jadi rakyat Malaysia,dahla aman... kita bole plak hidup berbilang bangsa tanpa ada konflik. Ku berdoa biarla keamanan ini dikekalkan, biarla usaha untuk menjadi negara yang maju lagi 9 tahun terlaksana.

Jangan lupa tau wawasan negara kita,wawasan 2020...

Thursday, February 17, 2011

Tak menarik sekarang

6 comment(s)







Cuti lagi, just berehat kat umah je,kalau sebelum nih asyik nak tgk wyg dan karoake tp hobby tu mcm hilang lately.Aku sendiri tak tau nape? Tgk mood gak kot plus kawan-kawan yg bz aku malas nk ganggu diaowg.Lagipun loser aje pegi tgk wyg dan karoake sorang2,tak penah d'buat owg okkk!!!

Line tenet plak slow yg amat, aku tak tau nape line Celcom kat kediaman aku nih dah mula slow, may be dah start compete ngn pengguna-pengguna baru. Meletup gak kat dalam nih,geram yg amat, nak surve apa-apa pun terbatas.

Bil bayar ontime je tp line tetap mcm nih.Ke nak aku tambah package yg mahal? Tp kalau mahal pun kalau dah lembab macam nih wat rugi aje. Sebelum nih ada gak time dia ok tp sekarang hari-hari yg aku lalui server siput yg amat!!!

Layan TV pun busan, alih-alih cerita seram yg bagi aku tak seram langsung! Buat-buat sangat.Feel tgk cerita hantu skrg tak macam tgk cerita hantu kat tv dulu-dulu. Tak taula producer tempatan nape gigih nak hasil story mcm nih. Rakyat Malaysia agaknya bole terima format-format mcm nih kot.

Aku pulak...sunyi je, rasa kosong dan entahla...takde semangat lately. Aku wat keje pun ikut flow je seperti sekarang takde apa menarik dan mengujakan aku. Kawan-kawan plak aku byk biar mereka ngn hal mereka,aku lebih senang wat hal sendiri. Kecik hati sikit-sikit pun ada gak nih.

Tp dari melayan perasaan yg bukan-bukan baik aku explore menda-menda baru yg aku rasa baik untuk aku kan? Tp menda apa tu?

Gunting Rambut sambil menari!

4 comment(s)
*Si penggunting rambut adalah seorang lelaki!


Cerita yang aku mau ceritakan ini telah pun berlaku semasa aku bercuti ke Melaka haritu. Saksinya adalah member aku yg join percutian aku tu. Tempat di mana berlaku adalah di shopping complex kat Dataran Pahlawan.

Cerita yg lawak yg diselit ngn keseraman sikit. Yang melalui adalah aku sebab aku nak sangat kan gunting rambut haritu sape suruh.He..he..actually rambut aku dah panjang,aku tak selesa lol...maka kami berdua ke Dataran Pahlawan untuk gunting rambut. Asalnya aku nak gi kedai biasa je,malas plak nak gi saloon.Alih-alih termasuk ke sebuah saloon yg masa tu hanya aku je customernya.

Ingat ke takde pe,mcm saloon biasa je...tapi bila dia dah start gunting rambut. Mak aihhhh...tuhan je yg tau perasaan aku dan member aku pada masa tu. Cepat-cepat je aku rasa nak blah dr saloon tu tapi apakan mampu sebab dia kan ngah gunting rambut aku.

Korang nak tau dia wat apa? Padahal dia gunting biasa je,takdela menarik mana pun, tp aksinya yg tengah gunting rambut aku takleh blah beb. Sambil gunting rambut, dia layankan lagu Beyonce,itu aku tak kisah...tp yg aku kesahnya dia gunting rambut sambil feelkan lagu tu. Sambil menari ok!...setiap rentak cara dia gunting rambut aku tu adalah mengikut rentak alunan lagu Beyonce tu.Ko bayangkan?!Lagu pe? mostly lagu2 Beyonce yg glamer2 tu!

Aku cuak giler...yala takut gak kan tersalah gunting ke ape?Terpotong telinga ka? Maklumla kau kan byk bergerak. Aduiyaii, terpaksala aku layankan je dan buat selamba walau dalam hati melonjak-lonjak nak kuar cepat dr kedai tu.

Member aku dah separuh mati gelakkan aku sambil baca novel yg dia bawak. Aku senyum sumbing je dalam hati. Yala...risau giler takut rambut aku nih hancus, ngn si pengunting tu melengok-lengok sana sini. Siap abih 5 lagu agihhh.

Tension pun ada gak, sbb ni 1st time aku jumpa saloon macam nih. Mana ada lagi si tukang gunting terkial-kial menari sambil potong rambut.Aku yg duk KL pun tak penah jumpa pengguting rambut macam nih. Kononya nak buat kelainan la kat kedai dia tu tp buang masa customer je.

Aku tegurkan kecik hati lak. Tapi mengenangkan aku ngh bercuti dan xdela rushing sgt maka aku layankan je sehinggala siap rambut aku d'potong. Nasib baik ok! Kalau tak aku saman ko!

Kalau korang gi kedai nih InsyaAllah korang rasa mak aih luar biasanyer saloon macam nih. Ada sape2 yg duk Melaka penah masuk ke kedai nih? Korang ok ka? Kalau aku mintak maap la ya...sekali je aku masukkk. Serik!

Saloon tu agak tercorok sikit...nama kedainya lupa lak. Aku asalnya nak ambik picture tp mengenangkan cepat nak blah dari saloon ni maka aku blah macam tu je. Member aku separuh mati gelakkan aku,sindir-sidiran yg pedas sentiasa kedengaran.Nak singgah agi ke saloon nih? Caik!

Satu pengalaman yg aku takleh lupa dalam hidup aku.


Wednesday, February 16, 2011

Ilmu yg aku tau...

3 comment(s)


Oit!!! wat pe rini? Keluar jalan-jalan kah? atau duk umah je? Maklumla tengah bulan kannnn, ada yg ngah kopak tu, gaji lak minggu depan.He..he..Okiesss,saje kali ni nak share a few things yg aku rasa berguna, ilmu atau pengetahuan yg aku ceduk since dari kecik agi. Mana yg silap tu sila tegur ya, ni kira macam petua la,petua berguna yg aku tau dan aku amalkan.
_____________________________________________
1.) Bila masuk toilet selalu tutup kepala ngn tangan, cikgu kata syaitan selalu berak atas kepala kita bila duk kat jamban tu. Tu yg benak tu,ilmu susah nak masuk dan senang hilang.

2.) Elakkan dari tangan menyentuh muka, sbb tangan kita sentuh banyak menda kotor dan banyak bakteria. Nanti muka kamu akan bersih dan terelak dari suma kekotoran tu.

3.) Mesti gosok gigi time pagi pah bgn tidur dan sebelum tidur, sbb masa tu mulut berasid byk bakteria sbb kita makan byk menda. Barula nnti gigi sihat.

4.) Nak mata elok dan terang,bila mandi buka mata dan biar air mengalir. InsyaAllah mata sentiasa segar dan elok.

5.) Antara sebab perut boroi adalah kerana byk minum ais,mkn selepas kul 6pm dan kurang senaman.

6.) Pencuci muka yg baik adalah dengan air sembahyang. Maka sesiapa yg menjaga solatnya, lima kalila dia cuci muka ya.Patutla ada nur kat muka tu.He..he...

7.) Mandi malam lepas kul 9pm tak elok,nnti kena paru-paru berair.

8.) Nape pompuan mudah kena histeria? sbb semangat dia tak kuat berbanding lelaki.

9.) Selalunya kalau kita duk sibuk story cerita hantu, actually hantu-hantu akan dtg dekat ngn kita sbb tertarik nak dengar cerita pasal mereka.

10.) Kalau sesuatu bangunan itu ada pertumpahan darah,specially darah manusia,maka tempat itu InsyaAllah berpenghuni.

11.) Was-was berlaku bila ko tak yakin, maka yakin jela...so takdela was-was...he..he...

12.) Actually bila kamoo berjalan-jalan itu sudah dikira senaman utk badan. Maka rajinla berjalan untuk sihat ya.

13.) Waktu malam kalau kamoo lapar sgt sebab mkn malam awal sgt,maka makanla buah utk ajar perut kamoo dari minta makanan lebih.

14.) Nape kamu susah nak tahan diri kamu dari makan selepas kul 6...sbb kamoo dah ajar perut kamu mcm tu. Cthnya kalau kamoo rajin makan pada kul 12.30am maka time tu kalau tak bagi perut makanan maka perut kamoo akan minta sesuatu utk d'makan.

15.) Wanita akan bertambah manis bila bertudung.Seri wajah dia akan naik.

16.) Hint-hint nak start demam bila tekak kamoo rasa pedih,sakit kepala,badan mula panas,tak bole nak berkipas sbb terasa sejuk.Maka cepat-cepatla telan panadol ya.

17.) Elakkan telan vitamin atau apa-apa pil utk menyihat diri sbb nanti badan kamoo terlalu bergantung pada pil itu. Yang penting buat badan kamoo berusaha sendiri dengan senaman dan mengamalkan pemakanan yg sihat.

18.) Senyuman dan bagi 'salam' sesama manusia adalah ubat untuk mengeratkan silaturrahim dan menaikkan mood yg baik.

19.) Nape jiwa kamoo selalu rasa tak tenang? antaranya adalah sebab kerana kurang sembahyang dan memohon keredahaan Nya.

20.) Dalam hidup jgn tamak, percaya pada rezeki masing-masing,perlu wasatiah, perlu tinggkatkan usaha,belajar daripada kesilapan dan yang paling penting sentiasa memohon/berdoa padaNya supaya impian termakbul dan diri diberkati.

21.) Antara waktu-waktu doa didengar Allah S.W.T adalah waktu sebelum kita tidur.Masa itu sunyi dan kita kusyuk.

22.) Tekanan perasaan berlaku bila kamu dilanda masalah dan kamu berulang kali memikirkannya. Cara yg terbaik adalah belajar utk tidak memikirkannya. Buatla apa saja agar kamoo tak terfikir masalah kamu. May be sembahyang ke? Jogging/senaman? Atau paling best tidurrrr.

23.) Nape ada anggota badan kamu berasa kebas? Sebab saluran darah dia tersekattt.

24.) Sebenarnya buah-buahan adalah bahan-bahan perkumuhan pokok yg terkumpul untuk dibuang pokok.
______________________________________________

* A few ilmu yg aku tau...aku tulih apa yg aku terfikir je, sbb tu susunan dia berterabur. Kalau salah betulkan? dan kalau nak share ilmu-ilmu lain,sila-silakan....

Tuesday, February 15, 2011

D'Pantai Morib

7 comment(s)
*Menjejakkan kaki ke sini, dulu Final Year Project Uitm aku kat c,ni rr

*Bole tahan cantiknyer...



*See! Lumpur je,mcm ana nak mandi?



*Maka kami just jalan-jalan je...


Salam Maulidurrasul buat semua...ada yg bercuti arini kan?

Actually entry kali ni agak terkebelakang sikit sbb baru sekarang aku dapat mood nk publish...nak cerita sikit masa hari ke-2 aku d'S.Alam...keseronokkan bersama teman-teman Matrikulasi buat aku rasa rindu akan saat-saat masa kat matrik dulu. Lama gelak ketawa macam nih tak kuar....asyik-asyik gelak je ye dgn mereka kat sana.

Asalnya ingat tak jadi nak gi Pantai Morib tapi mengenangkan seorang member aku yg bekerja kat Sime Darby Banting bagi lampu hijau untuk ke sana maka kami berpeluang ke pantai yg bole tahan indahnya tu,but pantai nih setakat bole jalan-jalan je,tak sesuai mandi sbb air kat c,ni keruh dan agak cetek.

Kami just bergambar c,kit-c,kit,jalan-jalan bersembang serta bergelak ketawa mengenang saat-saat time kat matrikulasi dulu. Syokkk sgt...

Yang bestnya kami merancang untuk buat trip ke Matrikulasi Kulim Kedah nanti (bulan 4),suma akan pergi...sambil-sambil melawat nanti kami nak pusing-pusing Kedah dan Penang nanti. Tak sabar rasanya....

Aku bab jalan-jalan nih no halnyer,tambah-tambah ngn member sekepala kan!