Sunday, March 22, 2015

sila hati-hati


zaman skrg & zaman lepas adalah berbeza kerna zaman kini wujudnya internet,handphone,facebook ,twitter serta byk lagi medium lain yg menyebarkan berbagai cerita

orang kata even klau nak sebarkan video sekalipun hanya perlukan beberapa saat shj,hanya dihujung jari



sbb tulah zaman kini unik kerna senang wujudnya hero FB, keyboard warrior & jaguh kg serta watak hangat2 tahi ayam

semua menda ikut musim sehingga 1 tahap agak sukar tuk dihadam

musim stering lock, musim boikot, musim pilihanraya,musim hero&heroin terlampau atau musim persenda hukam hakam agama hudup & sebangainya

nih belum lagi badai GST nih



kalau ilmu senipis kulit bawang usah berkeyboard warrior seperti ilmu seluas lautan

kalau ilmunya hanya sekecil hati virus usah dibuat video ala2 nak buat Filem PGL

wasatiah sudah, bersederhana sudah, bercakap bila perlu & tak tahu diam

bila open minded sangat orang kita,maka senang nak buat video dan sebar, macam cukup ilmu dah lagaknya tapi bila generasi kita tgk, kesian mereka mudah terpesong



generasi kita ramai yg bijak atau boleh berfikir dah kerna mereka pakai susu Enfagrow, Pediasure,Anmum & Mamil sbb tu sel sel otak berhubung

bila banyak sangat sel sel itu berhubung terus tak tau nak pergi mana dah, semua dah macam logik akal, sbb itulah mudah sangat persenda sana sini macam mengupas isu seperti mengupas kulit bawang

alih alih dapat ugutan bunuh,pukul,rogol & saman terus disalahkan org lain

menyalahkan org lain atau menunding jari pun pun satu hal senang macam main tunjuk2 je



berhati-hatilah bila nak bagi pendapat & contoh

kalau tak kena gaya & teladannya, hilang respect org kat kita

ada degree master bertingkat tingkat tapi bodohnya kalah bangunan KLCC



logiknya kat sini, tak tau tanya, tak pandai DIAM!


1 comment(s):

ewanthology said...

mcm2 musim ada sekarang ni bro :-)